Ultimate magazine theme for WordPress.

Xiaomi Watch S1 Active Dijual Pada Tanda Harga RM649

Salam Penghujung Rindu, Jam tangan adalah sebuah aksesori yang kebanyakan daripada kalangan kita sangat gemar memakainya. Selain daripada menentukan waktu, ia juga boleh dijadikan sebagai perhiasan untuk pergelangan tangan kita. Apatah lagi kalau ia adalah sebuah jam daripada Xiaomi dengan model Xiaomi Watch S1 Active. Fuhh, mereciksss…

Xiaomi kini telah hadir dengan jam tangan dengan design terbaru nak tampak lebih mewah. Sebuah jam yang berbentuk bulat dan pilihan tali yang berasaskan silikon. Ia juga dihadirkan dengan dua butang kawalan di sisi.

Xiaomi Watch S1 Active dihadirkan dengan skrin bersaiz 1.43-inci Amoled bersama 6 jenis variasi warna yang sekali pandang boleh buat jatuh hati. Jam tangan ini turut dilengkapi dengan 2oo interface yang menarik. Dan lebih menariknya, ia dihadirkan dengan beberapa sensor terbina untuk pemantauan kesihatan dan juga ia mempunyai 117 mod sukan yang berbeza.

Pada ketahanan baterinya jangan risau, pada penggunaan biasa ia mampu bertahan selama 12 hari dan pada mod penjimatan bateri, ia mampu bertahan sehingga 24 hari. Lain-lain ciri ada juga, seperti dwi-GPS GPS, berkebolehan dalam membuat panggilan menerusi bluetooth, pembayaran nirtunai dengan sokongan NFC dan Xiaomi mendakwa jam tangan ini water resistance sehingga 5ATM.

So macam mana geng, penawaran yang diberikan menarik tak? Hati tu ada rasa nak beli? Btw, harga yang ditawarkan adalah RM649 sahaja. Kalau nak beli korang boleh intai dekat Shopee Xiaomi dan korang boleh terus dapatkan disana. Berjumpa lagi geng, Assalamualaikum. Chow !

- Advertisement -

Comments are closed.