Ultimate magazine theme for WordPress.

SKRIN EMOLED BERSAIZ 1.62″ – XIAOMI SMART BAND 7 RASMI DI MALAYSIA

Salam Senandung, Xiaomi Malaysia kini mula memperkenalkan Smart Band 7 yang penggunaannya adalah lebih kepada kecergasan. Ia dihasilkan dengan reka bentuk yang sama seperti model terdahulu akan tetapi semestinya ada beberapa naik taraf yang hadir pada peranti Model Generasi Ke-7 ini.

Terus kepada spesifikasinya, Xiaomi Smart Band 7 ini disertakan dengan paparan EMOLED 1.62″ dan lebih menariknya lagi, Xiaomi menawarkan 25% lebih luas daripada model terdahulu yang disertakan hanya 1.56″ sahaja. Xiaomi Smart Band 7 ini nampaknya memberi kecerahan yang lebih berbanding model sebelumnya dimana kecerahan model ke-7 ini boleh mencecah sehingga 500 nits dengan ketumpatan pikselnya 326 per inci.

Xiaomi Smart Band 7 ini seperti yang sedia maklum, ia adalah jam tangan yang menfokuskan pada kesukanan dan kecergasan fizikal. Jadi, ia turut sertakan sehingga 110 mod sukan, malah ia juga turut hadir dengan pemantauan tidur dan denyutan jantung untuk sepanjang hari.

Apa pula ciri baru yang hadir pada Xiaomi Smart Band 7 ini? Ciri terbaru yang Smart Band 7 ini ialah terdapatnya analisis senaman VO2 Max yang berkebolehan untuk mengukur kadar oksigen ketika kita melakukan senaman. Dimana Xiaomi mengatakan jam tangan ini berkemampuan dalam mengira kadar relatif dalam mililiter oksigen per kilogram jisim badan per minit. Tambahan, Xiaomi Smart Band 7 ini menawarkan dengan 3 fungsi seperti beban latihan, Tempoh pemulihan dan kesan latihan. Yang mana fungsi ini dapat membantu dan menilai prestasi senaman kita.

Selain daripada itu, jam tangan ini turut berkebolehan dengan Water Resistance yang jelas sekali menunjukkan bahawa pengguna boleh membawanya untuk pergi berenang dan boleh juga membawa menyelam. Malah ia mampu bertahan sehingga kedalaman 50 meter.

Beralih pula pada pengecasan, Model ini sama seperti model sebelumnya, dimana Xiaomi Smart Band 7 ini hadir dengan kabel pengecasan magnetik yang mana kita tidak perlu mengeluarkan Smart Band 7 daripada talinya ketika ingin melakukan pengecasan. Pada tahap pengecasan pula, dengan hanya sekali caj, Xiaomi Smart Band 7 ini boleh digunakan sehingga 14 hari untuk penggunaan biasa dan 9 hari untuk penggunaan yang berat.

 

Tambahan, Smart Band 7 ini turut hadir dengan sokongan bluetooth 5.2 dan ia tiada masalah jika dipadankan dengan Android 6.0 dan ke atas. Malah, jam tangan ini juga turut tiada masalah jika ingin disambungkan dengan peranti Apple yang hadir dengan iOS 10 ke atas, hanya memerlukan aplikasi Mi Fitness sahaja untuk sambungkan dan nikmati ciri-ciri yang hadir pada peranti ini.

Akhir sekali, Xiaomi Smart Band 7 ini dijual dengan tanda harga yang sedikit mahal pada model sebelumnya. Dimana harga rasmi di Malaysia, ia dijual dengan tanda harga RM199 dan boleh didapati di kedai atas talian seperti Shopee dan Lazada. Terdapat juga pilihan lain untuk membelinya iaitu di Kedai Sah Xiaomi di seluruh Malaysia. Ohh, pada yang ingin tahu berapa harga model sebelum ini, Smart Band 6 ia dilancarkan dengan tanda harga rasmi RM189. Sampai bertemu lagi geng, tinggalkan komen untuk info bersama. Assalamualaikum. Chow !

- Advertisement -

Comments are closed.