Menurut Canalys, bagi pertengahan tahun 2021, Xiaomi telah pun menunjukan prestasi yang sangat cemerlang dengan menjadi salah satu pengeluar telefon pintar terbesar secara global dari segi jualan.
(sumber gambar : Canalys)
Memetik daripada data yang telah diperolehi, kelihatan Samsung masih menjuarai carta pertama dengan 19% market share walaupun Xiaomi mendekati dengan 17% market share.
Jika rentak pencapaian yang dilakukan oleh Xiaomi ini berterusan, tidak mustahil dalam masa terdekat kita akan melihat bagaimana Xiaomi akan menjuarai carta memintas Samsung sekaligus menjadikan Xiaomi sebagai jenama pertama dunia dalam pembekalan telefon pintar pada ketika itu.
Data perkembangan juga menunjukkan bahawa Xiaomi mendahului carta dengan 83% berbanding Samsung (15%), Apple (1%), Oppo (28%) dan Vivo (27%).
Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi terkini teknologi marhaen dan perkembangan semasa dunia teknologi.
sumber : GSMArena
Comments are closed.