Memetik daripada laman sesawang gsmarena, Xiaomi telah melancarkan satu produk baharu iaitu Wireless Charging Stand 100W. Dikatakan bahawa Wireless Charging Stand 100W ini adalah hampir sama dengan keluaran sebelumnya iaitu 80W unit.
Dari segi rekaan Wireless Charging Stand 100W ini masih membolehkan para pengguna untuk meletakkan peranti yang ingin dicas secara menegak atau melintang. Apa yang membezakan 100W unit dengan 80W unit hanya pada pilihan warna iaitu warna hitam dan emas jika dibandingkan dengan 80W adalah warna putih dan silver serta beberapa perbezaan lain.
Wireless Charging Stand 100W ini mempunyai features yang ditambah berbanding pada model sebelum ini. Features tersebut adalah lapisan penentukuran arus. Manakala bagi fungsinya yang lain seperti perlindungan arus, voltan berlebihan, suhu berlebihan, perlindungan statik dan pengesanan objek asing masih sama dari model sebelumnya.
Produk ini akan mula dijual di China pada 16 Ogos 2021. Setakat ini kami masih belum menerima sebarang khabar berita untuk pelancaran bagi pemasaran global mahupun pasaran Malaysia.
Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.
Comments are closed.