Ultimate magazine theme for WordPress.

Xiaomi Civi : Hanya Terhad Bagi Pasaran Di China Sahaja.

0

Baru-baru ini, Xiaomi telah pun melancarkan peranti baharu mereka di pasaran China iaitu Xiaomi Civi. Pelancaran peranti baharu ini juga merupakan antara pelancaran yang sangat dinantikan. Namun, berteka-teki adakah peranti ini akan turut dilancarkan bagi pasaran Malaysia?

 

 

Menjawab kepada teka-teki itu, Gizchina melaporkan bahawa Xiaomi tidak berhasrat untuk meluaskan pemasaran peranti ini kepada pasaran global. Sebaliknya peranti ini hanya dikeluarkan khusus bagi pasaran di China sahaja.

” Xiaomi Civi remains a Mainland China-only device “

Serba sedikit secara ringkas bagi spesifikasi peranti ini walaupun tidak akan masuk ke pasaran Malaysia, Xiaomi Civi hadir dengan paparan skrin 6.55 inci curved OLED panel, mempunyai kadar segar semula 120Hz dan juga resolusi skrin adalah 1080p+ OLED disokong dengan HDR10+.

 

 

Xiaomi Civi ini dijanakuaskan oleh cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 778G. Bagi binaan fotografi pula, kamera hadapan menawarkan 64MP, 120° bagi ultra-wide angle dan 8MP sensor, 2MP bagi kamera makro serta selfie kamera 32MP autofocus lens. 

 

 

Xiaomi Civi juga mempunyai bateri berkapasiti 4,500mAh yang mana membuatkan peranti ini boleh bertahan penggunaanya sehingga 24 jam dan seterusnya memerlukan hanya 45 minit sahaja untuk pengecasan penuh kerana disokong oleh 55W pengecasan berwayar.

 

 

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.