Salam Jangan Khianati Aku, Sebuah lagi peranti telah mendarat di tangan min. Kalini peranti Honor dengan model terbarunya iaitu Honor X7. Peranti ini setelah sampai jee di tangan min, perkara pertama yang min suka mengenai peranti ini adalah warnanya. Unit yang ada pada min berwarna Ocean Blue yang seriuss menarik dan min sangat sukakannya. Dengan ada feeling-feeling bangsawan, lagi-lagi apabila terkena pantulan cahaya pada body belakang peranti. Fuhhh, tu buatkan min lagi rasa woww. Haha mari min kongsikan sedikit pengalaman dan spesifikasi mengenai peranti ini. Let’s Check It Out.
REKA BENTUK
Pada Peranti Honor X7 ini, reka bentuknya diperbuat daripada plastik dan bazelnya nya juga nipis tetapi tidak pada bahagian bawah peranti kerana ianya sedikit tebal. Untuk kamera swafoto, ia diletakkan pada bahagian tengah skrin hadapan peranti. Di sebelah sisi kanan ia dihadirkan dengan imbasan cap jari dan juga menempatkan butang laras audio. Untuk bahagian bawah pula, terdapatnya lubang pengecasan USB-C, pembesar suara dan bicu audio 3.5mm yang masih dikekalkan pada peranti ini. Seterusnya, pada bahagian atas peranti terletaknya slot kad sim.
SISTEM OPERASI & INTERFACE
Mengenai interface peranti pula, Honor x7 interfacenya tampak sangat kemas dengan ciri yang disediakan pula sangat mudah untuk difahami dan diguna pakai. Mungkin kerana peranti ini dihadirkan dengan Interface Magic UI 4.2 yang dibina berasaskan Android 11.
SAIZ DAN BERAT
Untuk ukuran saiz pada peranti ini, ia berketinggian 167.59mm dan kelebaran sehingga 77.19mm, agak tebal dan berat, tetapi pengalaman min memegangnya ia tidaklah terlalu berat walau min hanya pegang dengan satu tangan. Pada ketebalannya, peranti ini 8.62mm tebal dengan berat 198 g. Peranti Honor X7 ini hadir dengan paparan skrin bersaiz 6.74 inci dan menyokong resolusi HD+ LCD dengan kadar segar semula mencapai 90Hz. .
PERMAINAN VIDEO
Cip yang dihadirkan untuk peranti ini adalah Qualcomm Snapdragon 680 dan mengehadkan sokongan rangkaian kepada 4G sahaja. Tapi untuk pengalaman dalam bermain Mobile Legend (ML) pada Honor X7 ni, min boleh kata tiada masalah walaupun min set graphic pada Graphic Ultra dan peranti ini boleh running dengan smooth. so far, sepanjang min memakainya, min tidak pernah mengalami sebarang masalah yang serius seperti lagging atau tersangkut-sangkut walaupun semasa min bermain permainan video, pada tahap kepanasan peranti ini, ia tidaklah begitu cepat panas walaupun digunakan dalam jangka masa yang lama.
BATERI
Honor X7 ini dihadirkan dengan bateri berkapasiti sebesar 5,000Mah dan menyokong pengecasan pantas sehingga 22.5W, Untuk pengecasan penuh, peranti ini hanya memerlukan 120 minit sahaja daripada 0% kepada 100%. Pada min ia sangat lah membantu, dengan pengecasan pantas yang diberikan, min tak risau kalau bangun tidur dalam keadaan bateri kurang sebab min boleh cas sambil bersiap.
SISTEM KESELAMATAN
Prestasi pada Sistem Keselamatan Honor X7 ini agak bagus kerana selama min memakainya, belum pernah lagi peranti ini mendatangkan masalah, sangat mudah untuk min unlock menggunakan Face Unlock. Untuk imbasan cap jari pula, kepantasannya tak sampai 1 saat, peranti min akan di unlock serta merta. Untuk fingerprint pada peranti ini, ianya terletak pada sisi sebelah kanan peranti.
KAMERA
Peranti Honor X7 ini dihadirkan dengan sistem kuad-kamera yang terdiri dengan tetapan 48MP (utama) + 5MP + 2MP + 2MP. Sementara itu untuk kamera hadapan pula ia dihadirkan dengan 8MP. Kameranya juga turut menyokong kebolehan untuk rakaman video maksimum pada 1080p.
Kamera Utamanya boleh mencapai zum optikal sehingga 8x. Pada penghasilan gambar, peranti ini mampu menghasilkan gambar yang baik cumanya pada min warna yang dihasilkan tidak terlalu menyerlah, ia nampak sedikit pudar, akan tetapi korang jangan risau sebab ia tidaklah terlalu ketara. Menariknya, peranti Honor X7 ini dihadirkan dengan ciri kamera Ultra Wide Angle dimana ia adalah ciri kamera yang sangat digemari kebanyakan pengguna ketika ini. Good job Honor.
So geng, ini adalah sedikit sebanyak ulasan daripada min setelah memakai sendiri peranti ini dan merasai pengalamannya. Kalau korang ada pendapat dan pandangan, korang boleh komen dibawah ni. Mana tau ada benda yang korang nak tau tapi min terlepas pandang. Haha berjumpa lagi geng, Assalamualaikum. Chow !
Comments are closed.