Ultimate magazine theme for WordPress.

TENAA : Telefon Pintar Xiaomi Dikuasakan Dengan Snapdragon 870?

Memetik daripada gsmarena melaporkan bahawa satu peranti misteri Xiaomi telah pun melalui pengesahan di TENAA. 

Menurut laman sesawang itu juga,  sesetengah sumber mempercayai nombor siri 2112123AC terbabit adalah dijangkakan peranti Xiaomi yang bakal dikeluarkan iaitu Xiaomi 12. 

Tambahnya pula, dikatakan peranti ini bakal menyokong kepada pengecasan pantas 67W. Menurut Digital Chat Station pula mereka percaya bahawa nombor siri 2112123AC akan dilancarkan di China manakala nombor siri 2112123C akan dilancarkan luar daripada China sebagai peranti Redmi yang akan diberikan penjenamaan semula. 

Hanya setakat itu sahaja maklumat yang dikongsi daripada sumber terbabit. Jika ada sumber tambahan akan datang, kami disini akan membawanya khusus untuk anda!

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.

- Advertisement -

Comments are closed.