Menurut Weibo, Honor hari ini telah mengumumkan bahawa telefon pintar boleh lipat pertamanya iaitu Magic V akan dilancarkan tidak lama lagi. Walaupun tiada maklumat rasmi daripada Honor, terdapat spekulasi bahawa peranti ini akan dilancarkan pada Januari ini.
Honor Magic V ini bakal dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8 Gen1 dan hal ini menjadikan ianya sebagai telefon pintar boleh lipat pertama yang akan datang dengan pemprosesan utama ini. Selain itu, poster baharu dari Honor turut mendedahkan sebahagian daripada reka bentuk Honor Magic V dan buat masa ini masih belum ada sebarang maklumat berkenaan spesifikasi peranti ini.
Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.
Comments are closed.