Ultimate magazine theme for WordPress.

Teaser oleh Google: Google Pixel 6 dan Pixel 6 XL

Google berkemungkinan akan mengumumkan telefon bimbit kelas pertengahan Pixel 5a pada bulan Ogos. Manakala pada bulan Oktober pula, dijangkakan bakal memperkenalkan peranti Pixel 6 dan Pixel 6 Pro. Kebocoran baru-baru ini mendedahkan semua spesifikasi utama duo Pixel 6. Kini, tangkapan langsung Pixel 6 Pro telah muncul di web dengan mendedahkan reka bentuk depan dan belakangnya.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa perdebatan berkenaan khabar angin ini.Ada yang berpendapat bahawa ia akan dipanggil Pixel 6 Pro,dan ada juga yang menyatakan Google akan berpegang pada akhiran XL.



Hal ini kerana, Google menyenaraikan  Pixel 6 dan Pixel 6 XL, dua peranti yan belum dilancarkan di dalam Sidang Kemuncak Pembangunan Google untuk Permainan. Dalam acara tersebut, Google telah melancarkan ciri terbaru dalam permainan Android iaitu “main sambil memuat turun” menerusi Google Play  untuk peranti Android 12. Satu lagi ciri baru yang eksklusif untuk memilih peranti Android 12 adalah papan pemuka permainan, hamparan yang menyediakan akses ke utiliti utama dan memungkinkan pengguna mengubah profil prestasi permainan melalui API Mode Permainan baru.

Google telah membuka pertanyaan untuk permintaan intervensi Mode Permainan untuk peranti Pixel, dan salah satu pertanyaan kepada pemaju ialah pada peranti mana tetapan intervensi pengubahsuaian ukuran WindowManager harus digunakan. Sebagai contoh, Google menyenaraikan Pixel 6 dan Pixel 6 XL.

Reka bentuk bagi peranti duo Pixel 6 ini juga turut tertiris. Menurut @GizmoChina, paparan langsung Google Pixel 6 Pro memperlihatkan paparan melengkung serta reka bentuk  dwi nada yang unik (dual-tone  design).



Turut dilaporkan juga, kemunculan Pixel 6 ini bakal digandingkan dengan Pixel Watch, yang merupakan smartwatch Google yang pertama.

Jadi sama-sama kita nantikan kemunculan peranti Pixel ini dari Google.

Sumber: XDA-Developer, gizchina

- Advertisement -

Comments are closed.