Terdapat beberapa Leaks mengenai OnePlus 11R, contohnya yang min dapat info daripada MySmartPrice, mereka ada mendedahkan mengenai spesifikasi peranti OnePlus ini. Dimana daripada situ terlihatkan peranti OnePlus 11R hadir dengan skrin bersaiz 6.7 inci FHD+ dengan kadar segar mula yang mencapai sehingga 120Hz. Malah terlihat juga peranti ini akan menggunakan cip pemprosesan yang mantap jiwa raga iaitu SnapDragon 8+ Gen 1.
Untuk bahagian memori pula, peranti ini sepertinya hadir dengan 2 pilihan RAM iaitu 8GB dan 16GB. dan untuk memori dalaman turut hadir dengan 2 varian iaitu 128GB dan 256GB. Untuk kamera dikatakan hadir dengan tri-kamera – 50Mp untuk kamera utama, 8MP untuk Ultra-Lebar dan 2MP untuk kamera makro. Bateri hadir dengan kapasiti 5,000Mah dengan pengecasan pantas sehingga 100W SuperVOOC.
Sehingga sekarang masih belum pasti mengenai OnePlus 11R ini, adakah ia akan kekal diperkenalkan di India sahaja atau ia akan diperkenalkan pada seluruh negara.
Comments are closed.