Siri Oppo Reno 6 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 5 Ogos 2021
Teka teki berakhir apabila OPPO telah mengumumkan pelancaran Siri Reno 6.
Hari ini syarikat android yang tidak janggal lagi di dalam pasaran teknologi, OPPO telah pun mengumumkan tarikh pelancaran rasmi bagi keluaran Siri Reno 6 untuk pasaran Malaysia iaitu pada 5 Ogos 2021. Siri Reno 6 yang bakal dilancarkan bagi pasaran Malaysia adalah Reno 6 5G dan Reno 6 Z 5G.
Dijangkakan pelancaran peranti ini bagi pasaran Malaysia mungkin mempunyai spesifikasi yang berbeza daripada yang dilancarkan di India, namun kelihatan OPPO Reno 6 Z berkemungkinan membawa spesifkasi sama seperti OPPO Reno 6 Pro yang dilancarkan di India kerana kedua-dua peranti ini memiliki konsep rekabentuk yang sama.
Spesifkasi secara ringkas bagi OPPO Reno 6 Z 5G dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 1200, mempunyai 64 MP quad-camera, 32 MP selfie camera, 12 GB RAM dan memiliki storan 256 GB serta paparan skrin 6.53 inci FULL HD+ 90Hz AMOLED. Bagi OPPO Reno 6 5G pula akan hadir dengan paparan skrin 6.41 inci FULL HD+ 90Hz AMOLED, menggunakan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 900, storan 128 GB serta 8 GB RAM.
Jangan lupa 5 OGOS 2021 ni ya!
Teruskan bersama kami untuk mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.
Comments are closed.