Siri Honor Magic3 kini telah rasmi dilancarkan di pasaran global. Berdasarkan pada laman sesawang Honor, siri Honor Magic3 yang dilancarkan adalah Magic3, Magic3 Pro dan Magic3 Pro Plus.
Honor Magic3
Honor Magic3 ini dijanakuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 888, digandingkan pula dengan 8GB RAM berserta storan dalaman 128GB dan 256GB. Honor Magic3 ini dilengkapi dengan sistem operasi Magic UI 5 dan akan mempunyai aplikasi dan servis daripada Google apabila ianya dilancarkan secara global nanti.
Paparan skrin yang ditawarkan pula adalah 6.76 inci OLED dengan 89° lekukan pada bahagian sisi skrin. Tambahan pula, Honor Magic3 ini menyokong HDR10+ dan mampu memberikan kadar segar semula (refresh rate) 120Hz. Berkapasiti bateri 4600mAh dan disokong dengan 66W pengecasan pantas.
Bahagian kamera pula hadir dengan 50MP kamera utama yang menggunakan SONY IMX766 sensor, 64MP kamera monochrome, 13MP ultra-wide-angle dan 13MP wide selfie kamera.
Honor Magic3 Pro
Honor Magic3 Pro pula kebanyakkan fungsi adalah sama seperti Magic3 cuma ada beberapa kelengkapannya berbeza sedikit dengan Magic3.
Perbezaan yang pertama adalah daripada segi kamera. Honor Magic3 Pro hadir dengan tambahan kamera telefoto 64MP yang berupaya untuk melakukan 3.5x optical zoom, 10x hybrid zoom dan maksimum 100x digital zoom. Honor Magic3 Pro ini juga dilengkapi dengan penstabilan imej (image stabilisation) tidak seperti Honor Magic3 yang hanya penstabilan imej elektronik sahaja (electronic image stabilisation).
Bagi cip pemprosesan pula dilengkapi dengan Snapdragon 888+. Perbezaan yang seterusnya adalah dari segi storan dalaman dan RAM. Honor Magic3 Pro hadir dengan 12GB RAM dan 256GB atau 512GB storan dalaman. Turut hadir dengan model ini adalah 50W pengecasan nirwayar (wireless charging) dan reverse charging functionality yang tidak ada pada base model.
Honor Magic3 Pro Plus
Honor Magic3 Pro Plus yang dilancarkan bersama siri Honor Magic3 membawa kepada penambahbaikan yang lebih lagi daripada dua model lain. Kali ini Honor Magic3 Pro Plus tidak akan mempunyai kulit vegan atau kaca pada badan peranti ini. Ia hadir dengan nano ceramic frame dengan warna pilihan hitam atau putih.
Menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 888+ dan 12GB RAM serta 512GB storan dalaman. Perbezaan yang paling ketara adalah pada binaan kameranya. 50MP kamera utama yang menggunakan sensor SONY IMX700 yang lebih besar berbanding SONY IMX766, 64MP kamera monochrome, 64MP ultra-wide-angle, 64MP telefoto dan 13MP selfie kamera.
Daripada segi kapasiti bateri dan aksesori bateri adalah sama seperti Honor Magic3 Pro.
sumber : SoyaCincau
Lihat spesifikasi penuh siri Honor Magic3 DISINI.
Apa pandangan anda tentang peranti ini? Boleh tinggalkan komen diruangan komen di laman sesawang ini atau di FB Page Izami Gadget.
Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.
Comments are closed.