Ultimate magazine theme for WordPress.

Siri Apple iPhone 14 Pro Bakal Tiba Paparan Punch-Hole.

Apple dilaporkan sedang berhadapan dengan kekangan rantaian bekalan dengan barisan iPhone semasanya. Terkini, menurut saluran berita Korea TheElec melaporkan bahawa model Pro tahun depan bakal membawakan kamera swafoto punch-hole 48MP. Siri iPhone 14 bakal dilengkapi skrin bersaiz 6.06-inci bagi iPhone 14 Pro manakala iPhone 14 Pro Max pula bersaiz 6.7-inci. Kedua-dua siri ini dikatakan bakal menggunakan panel LG Display LTPO 120Hz OLED dan akan menjadi satu-satunya model yang menggunakan wajah baharu.

 

Model bukan Pro iPhone 14 yang sepatutnya terdiri daripada model 6.06-inci dan versi 6.7-inci baharu masih akan mempunyai takuk dan paparannya akan dibekalkan oleh BOE. Model peringkat permulaan tidak dijangka menawarkan skrin LTPO dan kadar penyegaran 120Hz.

Artikel itu meramalkan bahawa BOE akan mula membekalkan panel LTPO untuk siri iPhone 15 pada 2023. Apple juga dijangka membawa model iPhone SE yang diperbaharui semula pada 2022 dengan reka bentuk yang sama seperti model semasa tetapi dengan penambahan sambungan 5G.

 

Sumber

- Advertisement -

Comments are closed.