Sejarah teknologi kita sekarang telah hampir kepada rangkaian 5G dan 6G dimana jenama-jenama terkemuka dunia sedang giat memperhasilkan peranti dan juga teknologi yang mampu menyokong rangkaian ini kelak.
Namun, adakah anda tahu bagaimana asal usul teknologi yang menjadi pemakaian rutin harian kita sehingga ke hari ini? Nah, disini Samsung telah mempersembahkan animasi pendek yang akan menceritakan sejarah asal usul elektronik. Bukan itu sahaja malah animasi pendek ini akan diceritakan secara berepisod dan menjadikan jumlah kesemua episod yang akan dipersembahkan adalah 5. Ini adalah episod yang pertama.
Episod#1 Samuel Morse and The Network
Dalam episod yang pertama ini akan menceritakan secara ringkas di dalam video berdurasi 2:51 yang mengisahkan bagaimana kod Morse dicipta dan sekaligus menjadi sejarah telekomunikasi pertama di dunia pada ketika itu.
Jom kita tonton video di bawah!
Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.
Comments are closed.