Samsung Galalxy A10e yang mana telah dilancarkan pada 2019 yang lalu , kini bakal menerima kemaskini bagi Android 11.
Android 11 untuk Samsung Galaxy A10e hadir dengan patch keselamatan Android Julai 2021 dan versi One UI baru, tetapi tidak semua ciri pada peranti Samsung yang lebih mahal bakal didapati pada Galaxy A10e.
Firmware ini dikatakan hadir dengan nombor siri A102USQUBCUFC bagi unit di AS dengan nombor model SM-A102U.
Jika anda masih belum menerima sebarang permintaan bagi kemaskini, anda boleh cuba memeriksa kemas kini secara manual iaitu dengan menuju ke menu Tetapan > Kemas kini perisian Galaxy A10e anda.
Sumber: GSMArena, Sammobile
Comments are closed.