Ultimate magazine theme for WordPress.

Redmi Watch 2 Dan Juga Redmi Buds 3 Lite Turut Dirasmikan.

Acara Redmi semalam 28 Oktober 2021, telah memperkenalkan siri Redmi Note 11 bersama-sama sekuel kepada Redmi Watch pada tahun lepas iaitu Redmi Watch 2 serta edisi Lite Redmi Buds 3.

Redmi Watch 2

Berikut merupakan spesifikasi ringkas bagi Redmi Watch 2:-

  • Dilengkapi skrin Amoled 1-6- inci dengan resolusi 320 x 360 px.
  • Dikuasankan oleh cip pemprosesan Apollo 3.5
  • Ketahanan bateri sehingga 12 hari

 

 

  • Menyokong 117 mod sukan yang berbeza 
  • Penilaian Badan Jam 50 ATM (50m) kalis air.
  • Penambahan ciri baru iaitu sensor SpO2 serta ciri yang sedia ada seperti pemantauan tidur dan pemantauan kadar jantung.
  • Untuk aktiviti luar, Redmi Watch 2 menyokong empat sistem penentududukan global – GPS, GLONASS, Galileo dan BeiDou. Ciri sambungan lain ialah NFC.

Paparan yang lebih besar dan ketahanan bateri juga turut dipertingkatkan berbanding model sebelum. Redmi Watch 2 ini juga dikatakan lebih ringan dan kali ini ia hadir dengan 3 variasi warna untuk badan jam tangan dan 6 warna untuk strap TPU.

Pra-tempah bagi Redmi Watch 2 telah dibuka di China denga tanda harga CNY 400 (~RM 259).

 

Edisi Lite Redmi Buds 3

Spesifikasi Ringkas Redmi Buds 3 Lite:-

  • Reka bentuk telinga kucing (cat’s ear), yang bertujuan untuk menjadikan tunas terletak dengan lebih selesa dan lebih selamat di telinga.
  • Hayat bateri sehingga 18 jam
  • Pengecasan melalui USB-C
  • Tidak mempunyai ANC
  • Sambungan Bluetooth 5.2
  • Putik telinga mempunyai rintangan air IP54 asas untuk melindungi daripada hujan dan peluh.

Tanda harga yang ditawarkan pada Redmi Buds 3 Lite ini dikatakan lebih murah berbanding model Pro iaitu pada harga CNY 100 (~RM 64.75)

 

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.

(sumber)

- Advertisement -

Comments are closed.