Xiaomi TV hari ini telah mengumumkan secara rasmi bagi tarikh pelancaran Redmi Smart TV X 2022 yang akan dilancarkan pada 20 Oktober 2021 ini.
Hal ini dimuatnaik di laman sesawang popular China iaitu di Weibo serta Xiaomi TV turut gambar yang mengandungi tarikh pelancaran produk tersebut.
Secara ringkas bagi spesifikasi Redmi Smart TV X 2022 ini berdasarkan sumber, ia hadir dengan skrin bersaiz 55 inci dan 65 inci. Masing-masing bertanda harga 2299 yuan (sekitar RM1490) dan 3299 yuan (sekitar RM2139).
Redmi Smart TV X 2022 juga dilengkapi dengan 2GB RAM dan 32GB storan dalaman. Kesemua sistem ini dibina dengan teknologi baharu iaitu MEMC motion compensation dan juga 60Hz intelligent algorithm compensation. Mempunyai 8-unit subwoofer sistem suara yang mana ia akan menyokong tahap kesampaian suara sepanjang 10 meter.
Adakah keluaran kali ini akan sehebat seperti keluaran Xiaomi Smart TV? Sama-sama kita nantikan pelancarannya.
Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.
Comments are closed.