Xiaomi bakal melancarkan debut siri Redmi Note 11 dan juga Redmi Watch 2 pada 28 Oktober 2021. Hari ini, menerusi satu laporan WinFuture memaklumkan Redmi Smart Band Pro akan turut dilancarkan pada acara yang sama.
Menurut WinFuture, Redmi Smart Band Pro ini dijangkakan bakal menjadi pesaing utama bagi jam tangan pintar yang lain seperti Huawei Watch Fit dan Samsung Galaxy Fit.
Redmi Smart Band Pro dikatakan menggunakan konsep Mi Smart Band 6, dimana ia bakal hadir dengan skrin segi empat tepat yang ringan dengan strap getah.
Jam tangan pintar itu dikatakan bakal dilengkapi dengan penjejak kecergasan dengan kedudukan GPS, sambungan Bluetooth, pengesanan kadar jantung dan pelbagai mod sukan.
Jadi sama-sama kita nantikan pelancaran Redmi Smart Band Pro ini.
Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.
Comments are closed.