Siri Redmi Note 11 telah pun dilancarkan semalam. Pelancaran peranti ini adalah bagi ketiga-tiga model.
Namun apa yang lebih menarik adalah pada Redmi Note 11 Pro dan Redmi Note 11 Pro+ yang menyokong pengecasan pantas 120W dan kadar segar semula skrin AMOLED 120Hz.
Berikut adalah merupakan tanda harga bagi pasaran di China :-
Redmi Note 11 Pro
- 6 GB RAM + 128 GB ROM – CNY 1599 (sekitar RM1,037)
- 8 GB RAM + 128 GB ROM – CNY 1899 (sekitar RM1,232)
- 8 GB RAM + 256 GB ROM – CNY 2099 (sekitar (RM1,361)
Redmi Note 11 Pro+
- 6 GB RAM + 128 GB ROM- CNY 1899 (sekitar RM1,232)
- 8 GB RAM + 128 GB ROM – CNY 2099 (sekitar RM1,361)
- 8 GB RAM + 256 GB ROM – CNY 2699 (sekitar RM1,752)
Siri Redmi Note 11 Pro ini akan hadir dengan tiga pilihan warna – Misty Forest, Quiet Purple & Mysterious Black Realm.
Secara ringkasnya. model bagi siri Redmi Note 11 Pro ini hadir dengan paparan skrin 6.67 inci Samsung AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz.
Bagi Redmi Note 11 Pro+ ini mempunyai bateri berkapasiti 4,500mAh yang menyokong kepada pengecasan pantas 120W. Pengecasan penuh 100% menggunakan pengecasan pantas ini mampu dicapai hanya 15 minit sahaja!
Tambahan pula, bagi model Pro+, pengecas 120W telah pun disediakan di dalam kotak tersebut dan sebenarnya ramai tidak menjangkakan bahawa pihak Redmi akan menyediakan pengecasan pantas di dalam kotak keerana masing-masing beranggapan 120W ini tidak disediakan sekali kerana kosnya. Namun, sebaliknya terjadi.
Manakala bagi Redmi Note 11 Pro hanya menyokong pengecasan pantas 67W sahaja bagi bateri berkapasiti besar sedikit daripada Pro+ iaitu 5160mAh.
Adakah siri Redmi Note 11 ini akan menjadi peranti penutup tahun 2021? Atau pun bakal diiring bersama dengan Xiaomi 12? Sama-sama kita nantikan!
Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.
Comments are closed.