Ultimate magazine theme for WordPress.

Redmi Note 11 & Note 11 Pro : Bakal Dilancarkan November Ini?

Head of Redmi dan juga Vice President of Xiaomi, Liu Weibing telah memberikan perasaan teruja kepada penggemar dua syarikat ini apabila dalam satu pengumuman beliau menyatakan bahawa mereka akan memperkenalkan peranti baharu. 

Ramai yang berteka-teki bahawa peranti yang dimaksudkan itu adalah Redmi Note 11 yang kelihatan akan dilancarkan secepat mungkin sebelum 11 November 2021 untuk mengejar hari jualan tahunan.

Memetik daripada sumber, mengatakan bahawa sedikit spesifikasi Redmi Note 11 5G dan juga Note 11 Pro telah didedahkan. 

Redmi Note 11 5G

  • kadar segar semula 120Hz
  • Dimensity 810
  • 13MP kamera hadapan
  • 50MP kamera belakang
  • 5,000mAh (menyokong 33W pengecasan pantas)
  • 6GB RAM + 128GB storan dalaman
  • 8GB RAM + 128GB storan dalaman

Redmi Note 11 Pro 

  • OLED panel
  • kadar segar semula 120Hz
  • Dimensity 920
  • 16MP kamera hadapan
  • 108MP kamera belakang
  • 5,000mAh (menyokong pengecasan pantas 67W)
  • 6GB RAM + 128GB storan dalaman
  • 8GB RAM + 128GB storan dalaman 
  • 8GB RAM + 256GB storan dalaman

Hanya ini sahaja maklumat yang diterima. Tarikh pelancaran rasmi mahupun spesifikasi penuh masih tiada berita rasmi.

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.

- Advertisement -

Comments are closed.