Ultimate magazine theme for WordPress.

realme Pad Mungkin Dilengkapi Cip Pemprosesan Mediatek Helio G80

realme telah mengesahkan bahawa ia akan melancarkan tablet pertama pada tahun 2021, iaitu realme Pad. Hari ini, spesifikasi utama bagi tablet ini telah didedahkan oleh seorang YouTuber dari India, Sahil Karoul.

 

 

Menurut ciapan di twitter milik beliau, realme Pad bakal dilengkapi dengan cip pemprosesan Mediatek Helio G80. Walaupun sesetengah peminat teknologi menyangkakan bahawa keluaran realme Pad akan setanding atau mungkin lebih daripada tablet lain seperti Mi Pad 5, namun semua itu tidak seperti yang disangkakan.

Walaubagaimanapun, dijangka realme Pad ini akan hadir pada tanda harga yang lebih murah berbanding tablet-tablet yang lain.

 

 

Secara ringkasnya realme Pad ini dikatakan bakal hadir dengan 10.4 inci AMOLED skrin, bersama empat pembesar suara, 8MP kamera dan menyokong stylus yang boleh disimpan di dalam tablet ini. 

Menurut sumber lagi, realme Pad ini akan dilancarkan pada 9 September 2021. 

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.

- Advertisement -

Comments are closed.