Baru-baru ini, kita baru sahaja dikhabarkan berkenaan Realme MagDart, dimana ia adalah pengecasan tanpa wayar (wireless charging) alternatif bagi Apple MagSafe. Hal ini secara automatiknya menjadikan Realme sebagai jenama Android yang pertama yang mempunyai teknologi pengecasan tanpa wayar magnetik sendiri.
Menurut sumber dari gizmochina turut melaporkan imej pengolokan Realme MagDart yang tertiris serta turut menyatakan bahawa ia bakal hadir dengan dua varian. Rekaan pertama dikatakan mirip Apple MagSafe di mana ia kelihatan sedikit nipis dan bakal menawarkan pengecasan tanpa wayar 15W. Mungkin selamat untuk mengandaikan bahawa ia akan menawarkan kelajuan pengecasan yang konservatif.
Manakala, varian kedua bagi Realme MagDart pula dikatakan hdir dengan rekaan yang lebih besar, tebal dan berbentuk kotak. Berdasarkan imej, kita dapat lihat terdapat ruangan udara di bawah penyambung USB-C dan berperanan untuk menyejukkan komponen. Ia dilaporkan akan menawarkan kadar pengecasan tanpa wayar yang tinggi yang akan menyaingi teknologi pengecasan pantas berwayar moden.
Walaubagaimanapun, perincian yang lebih tepat berkenaan Realme MagDart masih belum diketahui. Jadi sama-sama kita nantikan.
Comments are closed.