Hari ini di China, realme telah melancarkan dua Siri Realme GT Master Edition iaitu GT Master Edition dan GT Master Explorer Edition. Kedua-dua siri ini telah dibangunkan oleh pereka daripada Jepun iaitu realme GT Master EditionNaoto Fukasawa.
Secara ringkasnya bagi model GT Master Edition dibina dengan paparan skrin bersaiz 6.43 inci Super AMOLED FHD+ dengan kadar refresh rate 120Hz. Model ini juga dijana oleh cip pemprosesan Snapdragon 778G, 8GB RAM dan boleh ditambah lagi dengan 5GB RAM. Maksimum storan pula adalah 256GB.
Bagi model GT Master Explorer Edition pula hadir dengan paparan skrin sedikit besar daripada GT Master Edition iaitu 6.55 inci AMOLED FHD+ dengan refresh rate 120Hz, menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 870, 12GB RAM dan boleh ditambah lagi dengan 7GB RAM serta memiliki storan maksimum sehingga 256GB.
Siri bagi realme GT Master Edition Grey, White dan Gradient Colour manakala bagi GT Master Explorer Edition pula datang dengan warna Grey dan Apricot. Kedua-dua siri setakat hari ini hanya ditawarkan di pasaran China sahaja dan belum ada lagi pengumuman untuk memasuki pasaran Malaysia.
Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.
sumber : amanz
Comments are closed.