Ultimate magazine theme for WordPress.

Realme Bakal Mengeluarkan Komputer Riba Pertama!

0

Mengikut arus permodenan semasa, Realme tidak ketinggalan dalam mengeluarkan komputer riba seperti jenama-jenama besar yang lain.

Dikhabarkan bahawa Realme mengesahkan yang mereka bakal melancarkan komputer riba pertama yang dibina dengan menggunakan cip pemprosesan Intel Core i3 dan i5 11th Generation berserta dengan pra-pemasangan Genuine Windows 10 OS dan Microsoft
Office.

Selain itu, dijangkakan komputer riba pertama Realme ini akan memberikan paparan skrin 14 inci, 307 mm panjang, 229 mm lebar dan juga 16 mm ketebalan.

 

 

Tarikh rasmi bagi pelancaran komputer riba ini belum diumumkan. Dijangkakan pelancaran pertama komputer riba ini adalah di peringkat global iaitu di India pada penghujung Ogos 2021. Teruskan bersama kami bagi informasi teknologi marhaen yang terkini.

Sumber : GizNext

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.