Ultimate magazine theme for WordPress.

Qualcomm Melancarkan Telefon Berjenama Snapdragon

Qualcomm yang sebelum ini terkenal sebagai pembangun kepada cipset pemprosesan Snapdragon telah mengeluarkan telefon pintar sendiri yang berjenama Snapdragon hasil kerjasama bersama Asus. Telefon Pintar untuk Snapdragon Insiders, yang menggunakan cipset Pemprosesan Snapdragon 888 dan ditawarkan pada harga  $ 1,499.



“SmartPhone for Snapdragon Insiders”
ini adalah telefon Asus – SSI. Telefon pintar biru gelap beserta logo Snapdragon yang bercahaya di bahagian belakang. Telefon ini merupakan sebahagian daripada program Snapdragon Insiders Qualcomm.

Telefon pintar ini hadir dengan skrin Samsung Amoled 6.78-inci dengan kadar penyegaran semula 144Hz, kadar penyegaran yang sering disebut oleh Qualcomm ketika melakukan demo Snapdragon Elite Gaming. Algoritma “sentuhan pantas”, di mana ia meningkatkan tindak balas sentuhan sebanyak 20%.Telefon pintar ini turut hadir dengan memori 16GB RAM LPDDR5, storan 512GB UFS 3.1, dan menggunakan bateri 4000mAh dengan pengecasan pantas 65W.

Tiga kamera belakang adalah utama 64MP, 12MP ultra lebar dan 8MP, zoom 3x. Manakala untuk kamera hadapan menggunakan model 24MP.


Telefon pintar ini turut dilengkapi dengan earbud Suara Master & Dinamik Snapdragon yang menyokong audio 24-bit, 96kHz dan codec suara berkualiti tinggi.

Telefon ini akan mula dijual pada bulan Ogos  melalui laman web Rasmi Asus. Jadi kepada sesiapa yang berminat, boleh lah mula menabung dari sekarang.

Teruskan bersama kami untuk mengetahui info terkini berkenaan teknologi.

Sumber:PC

- Advertisement -

Comments are closed.