Penyambung kepada generasi POCO X3 iaitu siri POCO x4 tidak lama lagi bakal menjelma di pasaran.
Hal ini demikian kerana berdasarkan sumber, nombor IMEI 2201116PG (POCO X4 NFC) dan 2201116PI (POCO X4) telah kelihatan di pangkalan data.
POCO X3 telah mencapai usia satu tahun selepas pelancarannya. Kini, siri POCO X4 bakal menyambung generasi seterusnya.
Jangkaan spesifikasi siri POCO X4 akan mendapat penambahbaikkan dari segi cip pemprosesan, paparan skrin dan juga binaan kamera kerana keluaran sebelum ini hadir dengan Snapdragon 732G, 120Hz FULL HD+ LCD, 64MP kamera, kapasiti bateri dan juga Watt pengecasan.
Jika siri POCO X4 ini hadir dengan Snapdragon 778G ianya pasti memberikan impak yang berbeza berbanding model sebelum ini.
Namun, diharapkan ianya bukan lah sekadar penjenamaan semula daripada Redmi Note 11 Pro kerana POCO X3 adalah merupakan model keluaran asli bagi siri ini.
Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.
Comments are closed.