POCO X3 GT bakal rasmi di pasaran Malaysia pada 28 Julai 2021. Secara ringkasnya, POCO X3 GT ini adalah peranti yang dilancarkan secara rasmi di peringkat global dan telah dilabelkan semula sahaja daripada Redmi Note 10 Pro 5G.
Menurut emel yang telah kami terima daripada pihak Xiaomi Malaysia, pelancaran rasmi bagi pasaran di Malaysia bagi peranti ini akan diadakan secara langung di FB Page Poco Malaysia Official jam 8 malam waktu tempatan.
Spesifikasinya secara ringkas bagi peranti ini adalah hadir dengan paparan skrin 6.6 inci IPS LCD 120Hz, menggunakan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 1100, 8GB RAM dan memiliki storan UFS 3.1 maksimum sehingga 256GB.
Jangan ketinggalan pada tarikh keramat tersebut untuk bersama-sama hadir bagi pelancaran rasmi di pasaran Malaysia bagi POCO X3 GT 28 Julai 2021 nanti!
Teruskan bersama kami untuk kekal mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.
Comments are closed.