Berdasarkan sumber, pendedahan pelancaran bagi Redmi K50 akan dilakukan hujung tahun ini iaitu pada bulan Disember.
Menurut JINGUIJINGUIJINGUI menerusi laman sesawang popular di China iaitu Weibo, dikatakan beliau mendapat maklumat itu daripada sumber yang boleh dipercayai bahawa Redmi K50 akan dilancarkan pada hujung tahun ini.
Tambahnya lagi, Redmi K50 ini akan dilengkapi dengan cip pemprosean Snapdragon 888, tiga kamera belakang dan juga 64MP pada kamera utama.
Hanya itu sahaja maklumat yang didedahkan. Bagaimana spesifikasi serta rekabentuk penuh masih tiada sebarang maklumat.
Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.
Comments are closed.