Berita demi berita, teka-teki demi teka-teki yang akhirnya membawa kepada satu jangkaan spesifik tarikh bagi pelancaran Xiaomi 12.
Siri Xiaomi 12 dikatakan bakal menemui pasaran pada 12 Disember 2021 berdasarkan pada laporan terkini.
Hal ini dipetik daripda gizchina yang turut mengatakan pihak Xiaomi akan mengambil tarikh berikut berdasarkan pada Double 12 yang merupakan festival membeli belah sekaligus menjadikan spekulasi jangkaan tarikh yang lebih spesifik.
Xiaomi 12 dijangkakan bakal hadir dengan hyperboloid skrin, 2K 120Hz, tri-kamera dengan kamera utama 50MP CMOS disesuaikan daripada Samsung atau Sony. Selain itu, ia juga dijangkakan bakal hadir dengan dua pembesar suara serta 120W pengecasan pantas.
Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.
Comments are closed.