Ultimate magazine theme for WordPress.

OPPO Watch 2 : Bakal Dilancarkan Di China 27 Julai

OPPO Watch 2 bakal dilancarkan di China 27 Julai ini. Namun, walaupun belum dilancarkan lagi, gambar bagi OPPO Watch 2 ini sudah pun dikongsikan oleh Evan Blass.

 

 

Menurut laman sesawang GIZMOCHINA, kemungkinan keluaran OPPO Watch 2 akan mempunyai slot e-Sim. Tetapi ia masih diperingkat khabar angin kerana OPPO Watch 2 ini masih belum dilancarkan sepenuhnya serta tidak mempunyai spesifikasi penuh lagi. Selain daripada itu, fungsinya adalah sama sahaja seperti keluaran model tahun lepas.

Jika kita lihat melalui gambar yang telah dikongsikan di twitter itu, kelihatan OPPO Watch 2 ini akan menyokong sistem navigasi seperti keluaran sebelumnya.

Jangkaan OPPO Watch 2 ini bakal hadir dalam dua saiz iaitu 42mm dan 46mm dengan penawaran 5 warna pilihan iaitu Mine Shaft, Gold Sand, Water Leaf and Matisse. 

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.

- Advertisement -

Comments are closed.