Oppo Sedang Membangunkan Peranti Mampu Milik Dengan Skrin 6.56-inci Beserta Dual Kamera
Oppo kini sedang dalam proses membangunkan peranti mampu milik yang kini muncul dengan kod nama PESM10.Imej dan maklumat berkenaan spesifikasi peranti tersebut diterbitkan di laman web Pihak Berkuasa Pensijilan Peralatan Telekomunikasi China (TENAA).
Peranti ini dikatakan bakal hadir dengan skrin 6.56-inci beserta lubang kecil yang menempatkan kamera swafoto dengan sensor 8 megapiksel. Peranti ini juga turut menggunakan panel format HD + dengan resolusi 720 x 1610 piksel.
Manakala untuk bahagian belakang, peranti ini bakal dilengkapi dengan dua kamera dengan sensor utama 13 megapiksel dan modul tambahan 2 megapiksel.
Cip pemprosesan tidak didedahkan namun peranti ini bakal tersedia dengan pilihan varian 6 dan 8 GB RAM beserta storan 64 GB, 128GB dan 256B.
Dimensi dan berat telefon pintar ditunjukkan – 164.4 × 75.7 × 8.4 mm dan 190 g dan ianya turut digandingkan dengan bateri berkapasiti 4890 mAh (ia mungkin akan dilabelkan 5000 mAh).
Selain itu, telefon pintar akan tiba dengan sistem pengendalian Android 11 dan bakal tersedia dengan beberapa pilihan warna seperti hitam, biru dan merah jambu.
Peranti ini mungkin akan dirasmikan dalam beberapa minggu yang akan datang.
Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.
Comments are closed.