Ultimate magazine theme for WordPress.

Oppo Inno Day 2021 Dijadualkan Pada 14 Disember : Peranti Terbaru Akan Dilancarkan.

Setiap tahun Oppo akan menganjurkan acara untuk mempersembahkan inovasi dan teknologi terkininya. Dalam kenyataan akhbar, Syarikat Oppo mengumumkan Oppo Inno Day 2021 dijadualkan berlangsung pada 14-15 Disember 2021 di Shenzhen,China dimana orang ramai berpeluang melawat Dunia Inno maya yang pertama.

Oppo dengan bangganya mengatakan bahawa acara maya ini akan “menjadi salah satu acara pelancaran dalam talian yang paling interaktif dalam beberapa tahun kebelakangan ini”.

Oppo Inno Day mula diperkenalkan pada 2019 dan banyak peranti baru diperkenalkan dan dijual di pasaran seperti cermin mata AR, 5G CPE dan jam tangan pintar.Tahun lepas Oppo memperkenalkan telefon pintar konsep boleh gulung, dan tahun ini Oppo akan mengadakan dua acara – “pelancaran produk inovatif” pada 14 Disember dan “pelancaran Flagship terbaru” pada 15 Disember.

Oppo Inno World akan menjadi pentas maya untuk acara itu, dan pelawat akan dapat melawat semua dewan pameran.  Pendaftaran telah pun dibuka, dan semua orang boleh menyertai acara ini.

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.

Sumber

 

- Advertisement -

Comments are closed.