Setelah sekian lama ura-ura berkenaan telefon boleh lipat dari Oppo tersebar akhirnya, Oppo secara rasmi telah melancarkan telefon boleh lipat pertamanya iaitu Oppo Find N pada 15 Disember 2021. Mengambil masa selama empat tahun untuk penyelidikan dan pembangunan Find N, Oppo akhirnya muncul dengan beberapa pilihan reka bentuk menjadikannya unik dalam pasaran yang mula dipenuhi pesaing.
Perbezaan utama yang terlihat pada Oppo jika dibandingkan dengan jenama lain ialah ia hadir dengan “nisbah lipatan emas” bermula dengan 18:9 untuk skrin luar, menjadikan bahagian dalam 8.4:9 (sedikit lebih sempit daripada segi empat sama). Lipatan peranti ini mengambil kira pengalaman dwi-skrin dalaman dan luaran. Apabila ditutup, Oppo Find N mempunyai skrin luaran kecil 5.49-inci di bahagian hadapan. Walaupun saiz keseluruhan peranti ini dalam keadaan terlipat kecil, ia memberikan rasa gelongsor yang lebih baik dan tiada tekanan untuk mengendalikannya dengan sebelah tangan.
Walau bagaimanapun, dalam keadaan tidak dilipat, Oppo Find N mempunyai skrin super-besar 7.1-inci. Skrin ini menggunakan bahan Samsung E5 yang dilengkapi dengan resolusi 1792 x 1920. Telefon pintar boleh lipat ini turut menyokong kadar segar semula 120Hz dan ia juga menyokong pelarasan kadar penyegaran automatik LTPO antara 1 Hz dan 120 Hz.
Engsel Flexion (Flexion Hinge) merupakan kerja jam yang rumit dengan 136 komponen yang memberikan dua peranan penting pada Oppo Find N. Pertama, ia melipat paparan dengan bentuk titisan air mata pada lipatan, menjadikan lipatan 80% kurang ketara (nombor ini mengikut TÜV). Kedua, ia menghapuskan jurang berbentuk baji antara dua bahagian apabila telefon dilipat.
Engsel Flexion ini juga membolehkan sesuatu yang digelar Mod FlexForm. Pada asasnya, engsel boleh menahan dua bahagian pada mana-mana sudut antara 50º dan 120º, membolehkan telefon bertindak sebagai tripod sendiri untuk panggilan video yang panjang atau fotografi selang masa.
Spesifikasi Ringkas Oppo Find N
- Skrin tenang tersuai dengan 12 lapisan
- Penggunaan Flexion Ultra Thin Glass, yang jauh lebih nipis daripada pesaing – 0.03mm lwn. 0.6mm. Ini menjadikannya lebih fleksibel.
- Penggunaan skrin LTPO AMOLED
- Menyokong kadar segar semula 120Hz dan ia juga menyokong pelarasan kadar penyegaran automatik LTPO antara 1 Hz dan 120 Hz.
- Skrin luar menggunakan panel AMOLED dengan perlindungan Gorilla Glass Victus. Ia mempunyai resolusi 1,972 x 988 px (402 ppi) dan kadar segar semula standard 60 Hz.
- Skrin dalam bersaiz 7.1-inci dengan resolusi 1,792 x 1,920 px (370 ppi) dengan kadar segar semula 1-120Hz.
- Dikuasakan oleh cipset Snapdragon 888
- 12 GB LPDDR5 RAM
- Storan UFS 3.1 512 GB
- Dilengkapi dengan lima kamera, tiga di belakang dan dua kamera swafoto (satu pada setiap skrin).
- Kamera sudut lebar 50MP, kamera ultra lebar 16MP dan kamera telefoto 13MP.
- Mempunyai bateri berkapasiti 4,500mAh
- Menyokong pengecasan berwayar dan tanpa wayar- 33W SuperVOOC dan 15W AirVOOC (tambahan reverse charging 10W)
- Ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu hitam, putih dan purple.
Oppo Find N ini akan mula dijual di China bermula 23 Disember ini pada tanda harga yang sangat menarik iaitu pada harga RMB 7,699 (~RM5,115) untuk varian 8GB/256GB manakala RMB8,999 (~RM5,980) bagi varian 12GB/512GB.
Apa yang paling mengecewakan kali ini adalah, Oppo tidak bercadang untuk melancarkan Find N ini di pasaran luar negara.
Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.
Comments are closed.