Ultimate magazine theme for WordPress.

OnePlus Nord 2 Kini Rasmi: Dikuasakan oleh Cip Pemprosesan MediaTek Dimensity 1200-AI, Kamera 50MP Dan Warp Charge 65W

OnePlus Nord 2 5G secara rasminya telah dilancarkan malam tadi, dan ia bakal menjadi pegganti kepada model OnePlus Nord yang telah dilancarkan tahun lalu. Ia dikatakan membawa spesifikasi kelas atas tetapi pada harga kelas pertengahan. Model generasi kedua kali ini dijana dengan cip pemprosesan dari MediaTek dan bukannya dari Qualcomm seperti model sebelum ini.


OnePlus nampaknya telah bekerjasama dengan MediaTek untuk model baru kali ini iaitu penggunaan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 1200-AI.  Dimana ia menawarkan prestasi CPU 65% lebih cepat dan prestasi GPU 125% lebih baik.

OnePlus Nord 2 hadir dengan paparan skrin 6.43 inci Fluid AMOLED Full HD dengan kadar segar semula 90 Hz. Manakala bagi storan pula OnePlus telah memutuskan untuk menggunakan storan berasaskan UFS3.1 yang menyokong sehingga 256GB dan memori LPDDR4X  yang menyokong RAM sehingga 12GB.

Dari segi fotografi pula, OnePlus Nord 2 dilengkapi dengan sistem tri-kamera di belakang dengan tetapan 50MP bagi kamera utama yang menggunakan sensor Sony IMX766 bersama sokongan OIS dan ia juga turut disertai dengan kamera ultra lebar 8MP dan lensa mono 2MP. Pada kamera swafoto pula, ia dilengkapi dengan sensor Sony 32MP IMX615.

Antara spesifikasi lain yang terdapat pada OnePlus Nord 2 adalah penggunaan bateri 4500mAh yang menyokong teknologi Warp Charge 65W. Melalui teknologi ini, OnePlus mendakwa bahawa peranti ini boleh dicas  sepenuhnya dalam hanya 30 minit.

Harga yang ditawarkan bagi bagi peranti ini di India bermula Rs.27,999 (~RM1,588), manakala bagi pasaran Eropah  bermula €399 (~RM1,986). Jadi sama-sama kita nantikan samaada OnePlus Nord 2 bakal dibawa ke pasaran Malaysia dalam masa terdekat.

Bagi melihat spesifikasi penuh OnePlus Nord2 5G anda boleh ke lama rasmi OnePlus.

sumber: OnePlus Youtube

- Advertisement -

Comments are closed.