Ultimate magazine theme for WordPress.

Nothing Phone Sudah Tersenarai Untuk Pre-Order Di Malaysia

0

Salam Kesinambungan, Kepada yang tidak sabar untuk memiliki sebuah phone pertama daripada air tangan Carl Pei iaitu Nothing Phone (1) ini, jangan ketinggalan untuk membuat pra-tempahan di Retailer Malaysia yang sah.

Sebelum itu, kena tahu bahawa mereka telah memperingatkan bahawa pra-tempahan untuk Nothing Phone (1) ini dibuka tetapi dalam stok yang terhad. Daripada senarai yang diperlihatkan, dengan varian 8GB RAM / 256GB, harga yang ditawarkan adalah RM2,399 dalam varian warna hitam dan putih. Malah turut juga diperingatkan bahawa untuk varian warna putih sangatlah terhad.

Daripada DirectD yang min kongsikan di atas, terlihat bahawa peranti Nothing Phone (1) ini hanya dijual untuk varian 8GB ROM / 256GB dengan tanda harga RM2,399. Malah dengan pembelian ini, turut juga mendapatkan warranti selama 1 tahun bersama pusat service yang sah. Lebih mengejutkan, min nampak bahawa pra-tempahan untuk Nothing Phone (1) ini hanya tersedia dengan varian 8GB ROM / 256GB, untuk varian lain tidak disediakan. Contohnya seperti varian 12GB RAM / 156GB yang dijual dengan tanda harga yang sedikit mahal iaitu RM2,699, varian ini nampaknya tidak disenaraikan untuk pembelian.

Nothing Phone (1) ini sudah rasmi di Covent Garden, London bermula hari ini (16th July 2022). Menurut daripada senarai yang ditunjukkan, beberapa tempat akan menurunkan kuantiti bermula 18 July 2022. Berkemungkinan Malaysia juga akan rasmi perlancarannya dalam tarikh-tarikh itu. Akan tetapi masih belum pasti. Sama-sama kita nantikan, Tinggalkan komen untuk info bersama, Sampai bertemu lagi geng, Assalamualaikum. Chow !

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.