Ultimate magazine theme for WordPress.

Leaks iPhone Model 13 Mini Dulu Akan Digantikan Kepada iPhone14 Max Akan Datang

0

Salam Sayang Bukan Kerna Nama, Seperti yang sedia maklum pada tahun lepas iPhone 13 telahpun melancarkan model-modelnya termasuknya iPhone yang bersaiz paling kecil iaitu iPhone 13 Mini yang juga dikatakan kurang mendapat sambutan untuk model ini. Untuk perlacaran iPhone pada tahun ini pula, ada ura-ura mengatakan bahawa iPhone 14 yang akan datang tidak lagi membawa model mini ini.

Dan sebaliknya, model mini ini akan digantikan kepada iPhone 14 Max dengan saiz skrin sebesar 6.7″ yang dikatakan sama dengan iPhone 14 Pro Max. Pada pendapat min, ia satu keputusan yang bijak daripada Apple kerana mereka perlu sedar, dengan saiz skrin yang kecil, kebanyakan pengguna akan merasakan bahawa ia sedikit ketinggalan kerana kebanyakan model sekarang ini mereka mengeluarkan peranti baru dengan saiz skrin yang agak besar.

Akan tetapi, ia masih terlalu awal untuk min katakan bahawa ura-ura ini benar dan tepat walaupun tahun-tahun sebelum ini banyak leaks dikeluarkan ianya agak tepat. Jadi sama-sama kita nantikan kesahihannya. nanti kalau dah release korang prefer nak beli model iPhone yang mana geng? kongsikan pendapat korang. Berjumpa lagi geng, Assalamualaikum. Chow !

 

 

 

 

Sumber Gambar :

https://knowinsiders.com/iphone-14-leaks-prices-images-new-features-in-design-display-camera-and-battery-34338.html

https://www.macworld.com/article/624105/iphone-14-pro-leaks-cad-display-camera.html

https://twitter.com/9techeleven/status/1468996838414065670

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.