Ultimate magazine theme for WordPress.

Lagi Spesifikasi Siri Redmi Note 11 Didedahkan

Kurang 2 hari lagi sebelum tarikh pelancaran bagi siri Redmi Note 11. Hari ini, kita akan dapat melihat lagi beberapa spesifikasi terdedah untuk siri Redmi Note 11 nanti.

Menerusi laman rasmi Weibo, siri Redmi Note 11 bakal dilengkapi dengan kamera 108MP dengan dengan piksel besar 2.1 μm, sama seperti Redmi Note 10 Pro/Pro Max.

Melalui laman sesawang yang sama juga turut melaporkan bahawa siri Redmi Note 11 ini akan dikuasakan oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 920 yang terkini. 

Hal ini agak mengecewakan sedikit mungkin bagi sesetengah peminat Redmi kerana rata-rata mereka berpendapat siri kali ini akan dikuasakan oleh cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon atau lebih tepat lagi Qualcomm Snapdragon 898 yang terbaru. 

Namun, kita masih tidak boleh membuat sebarang andaian awal sebelum pelancaran rasmi bahawa peranti ini tidak akan mampu menawarkan prestasi yang cemerlang hanya kerana cip pemprosesannya sahaja. Seperti yang kita lihat keluaran sebelum ini setakat ini tidak pernah lagi mengecewakan.

Apa-apa pun, berbeza orang berbeza pendapat betul? Jadi, apa pandangan dan pendapat korang? Tinggalkan komen di ruangan komen atau di FB Page Izami Gadget.

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.

 

 

 

- Advertisement -

Comments are closed.