Saban hari ketika ini kita boleh lihat begitu ramai yang sudah mula mengenali dan mengiktiraf Xiaomi sebagai pilihan jenama mereka apabila berkaitan dengan teknologi.
Jurucakap Xiaomi menyatakan bahawa mereka akan melakukan satu modus operandi yang akan memberikan anjakan paradigma kepada jenama ini iaitu dengan tidak lagi menggunakan jenama ” Mi ” pada keluaran akan datang bermula dengan Mi Mix 4 dan keluaran seterusnya bagi memastikan mereka sentiasa dihadapan dan kekal di tangga pertama sebagai pengeluar terbesar telefon pintar.
Keluaran-keluaran terbaru bermula dengan Mi Mix 4 tidak lagi membawa jenama ” Mi ” sebaliknya akan dikeluarkan dibawah Xiaomi, Redmi ataupun Poco.
Kajian yang lalu telah menunjukkan bahawa Xiaomi adalah sebagai pengeluar terbesar pertama dunia. Xiaomi ingin mengekalkan kedudukan ini dan adalah tidak mustahil bagi mereka apabila langkah yang telah diambil seperti para pengguna Mi 1 akan menerima kembali wang pembelian mereka sebagai tanda penghargaan daripada Xiaomi dan juga modus operandi seperti yang telah dikatakan tadi.
Logo baharu dan kini produk pula – Apa kata anda tentang langkah terkini Xiaomi ini? Tinggalkan pendapat anda di ruangan komen atau di FB Page Izami Gadget.
Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.
Comments are closed.