Siri Xiaomi 12 adalah merupakan peranti yang paling ditunggu-tunggu buat penggemar Xiaomi.
Sepanjang terdedahnya spesifikasi dan juga beberapa maklumat yang lain, Siri Xiaomi 12 ini bakal dilancarkan pada bulan Disember tahun ini.
Menurut sumber, Xiaomi 12 ini bakal dilancarkan sempena jualan 11.11 di China nanti. Hal ini dikukuhkan lagi apabila terdapat penawaran harga yang lebih rendah bagi Xiaomi Mi MIX 4 sekaligus menjadikan ia sebagai tanda bahawa terdapat peranti baharu yang akan dilancarkan nanti.
Xiaomi 12 ini akan menjadi peranti pertama yang bakal merasmikan penggunaan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 898 dan berdasarkan laporan daripada Digital Chat Station di Weibo, kelihatan pengeluaran besar-besaran daripada Oktober sehingga hujung tahun ini menandakan bahawa peranti itu akan dilancarkan hujung tahun ini.
Dijangkakan Xiaomi 12 akan dilancarkan dahulu, diikuti dengan Xiaomi 12 Pro dan Xiaomi 12 Ultra pada Mac tahun hadapan.
Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.
Comments are closed.