Penganalisis popular Apple, Ming-Chi Kuo mendakwa beberapa produk Apple bakal memasuki pasaran. Menurut laporan, iPhone SE baharu, Apple Watch generasi baharu dan peranti lain akan dilancarkan tidak lama lagi. Menurut Ming-Chi Kuo lagi, Apple akan mengeluarkan iPhone SE baharu pada separuh pertama tahun 2022. Telefon pintar ini akan didatangkan dengan skrin bersaiz 4.7-inci serta 3GB RAM. Manakala pada separuh kedua 2022, generasi baharu Apple Watch termasuk Apple Watch 8, Watch SE dan versi sukan ekstrem akan dilancarkan dan akhir sekali pada suku keempat 2022, Apple akan melancarkan AirPods Pro 2 dengan cip baharu yang dinaik taraf.
Peranti ini dikatakan bakal menjadi telefon pintar terbaik untuk kelas pertengahan. Hal ini kerana, menurut Ming-Chi Kuo reka bentuk iPhone SE adalah berdasarkan iPhone 8, iaitu dengan skrin 4.7-inci, turut tersedia Touch ID dan peningkatan utama iaitu sokongan 5G dan pemproses yang lebih pantas.
Terdapat juga spekulasi yang menyatakan bahawa peranti ini akan didatangkan dengan cip A15 Bionic dan bakal ditawarkan pada tanda harga $473( ~RM1995) dan hal ini menjadikannya telefon 5G termurah dalam sejarah Apple.
Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.
Comments are closed.