Ultimate magazine theme for WordPress.

iPhone 14 Pro & Pro Max Rasmi Dengan Interactive Notch ‘Pil’ Pada Skrin

Apple merasmikan sebuah peranti iPhone bersama versi Pro. Peranti ini dekenali dengan iPhone 14 Pro, yang mana versi ini hadir dengan naik taraf pada rekaan skrin. Untuk model iPhone 14, notch yang hadir hanyalah biasa sahaja, berbanding dengan versi Pro, iPhone 14 Pro hadir dengan notch ‘Pil’ yang sangat memberansangkan.

Mesti ramai yang masih tertanya mengenainya, apakah lubang ‘Pil’. Lubang ‘Pil’ ini boleh berubah dan menyesuaikan paparan mengikut interaksi dan notifikasi pada peranti iPhone 14. Ia boleh berubah untuk memberi notifikasi ataupun info tambahan. Malah untuk Face ID turut menyokong ciri ini.

Daripada perasmian sebentar tadi, ciri ini hanya disertakan pada peranti iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max. Apa yang boleh min katakan, ciri ini sangat menarik dan rasanya mungkin ciri akan dimulakan pada iPhone 14 dan seterusnya.

- Advertisement -

Comments are closed.