Siri iPhone 13 secara rasmi seperti yang kita tahu telah dilancarkan. Namun, begitu banyak pandangan dan pendapat yang diketengahkan berkata siri iPhone 13 ini tidak mempunyai begitu banyak penambahbaikkan daripada keluaran sebelumnya.
GSMArena melaporkan sumber daripada ChargerLAB menunjukkan bahawa iPhone 13 Pro akan menyokong pengecasan sehingga 23W manakala iPhone 13 Pro Max menyokong pengecasan sehingga 27W berdasarkan video tersebut.
Walaupun ini bukanlah upgrade yang besar seperti apa yang dilakukan oleh syarikat Android, namun ia tetap upgrade. Malah ia adalah upgrade daripada Apple.
Jom kita saksikan video daripada ChargerLAB.
Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.
Comments are closed.