Menurut sumber, dikatakan bahawa hanya Iphone 13 Pro & Pro Max sahaja yang akan menerima LTPO AMOLED baru dengan refresh rate 120Hz dan dibuat eksklusif daripada Samsung Display. Selain itu, juga dikatakan bahawa Iphone 13 Pro & Pro Max akan menerima circuit board baharu iaitu rigid flexible printed circuit board (RFPCB).
RFPCB ini digunakan untuk menyambungkan panel OLED ke papan utama. RFPCB dikatakan lebih mahal daripada FPCB kerana rekabentuknya yang lebih mudah daripada sebelumnya serta ia mampu untuk menghantar isyarat elektrik dengan lebih cepat.
Samsung Display dijangkakan akan memberi bekalan 110 juta panels bagi peranti Iphone tahun ini dan diikuti juga bersama LG Display dengan 50 juta panels serta daripada BOE iaitu 9 juta panels.
credit : gsmsarena.com
Comments are closed.