Salam Malam Bulan Dipagar Bintang, Terbaru pada iOS 15.5 dan ipadOS 15.5 kini dihadirkan dengan ciri baru dimana Apple beri sokongan ini kepada semua perantinya. Kemas kini ini berkapasiti sebesar 674MB, dimana ia membawakan beberapa ciri baharu yang tiada pada iOS sebelum ini.
Kemas kini terbaru ini pasti disukai oleh para ibubapa, dimana ciri baru ini menawarkan ciri sekuriti iaitu penapisan imej lucah yang diterima pada peranti Apple milik anak-anak melalui aplikasi permesejan. Info tambahan, ciri ini berfungsi apabila peranti Apple mengesan imej lucah, dimana ia akan dikaburkan dan akan memberi amaran kepada pengguna. Malah, penerima juga akan diberikan pautan untuk mendapatkan bantuan apabila menerima gambar-gambar lucah tersebut.
Akan tetapi, Ciri yang diminati pada ibubapa ini hanya ditawarkan di negara Kanada, UK, New Zealand, Australia dan Amerika Syarikat sahaja buat ketika ini. Tambahan, kemas kini ini diberikan juga kepada aplikasi Apple Podcast yang mana ia akan memadam episod lama yang telah dimainkan dan mengehadkan episod yang boleh dimuat turun. Beberapa sistem sekuriti dan sistem penambahbaikan turut diberikan bersama iOS 15.5 ini. Min berharap sangat bahawa ciri ini diperkenalkan di Malaysia kelak, kerana ciri ini sangat berguna pada ibubapa untuk anak-anak kecil mereka. Sampai berjumpa lagi geng, Assalamualaikum. Chow !
Sumber Gambar :
https://www.macworld.com/article/629737/ios-15-5-beta-features-release-install.html
https://www.forbes.com/sites/davidphelan/2022/05/16/ios-155-apple-urges-iphone-users-to-update-for-cool-new-features/?ss=careers&sh=5916c192462b
https://www.macrumors.com/2021/08/05/apple-new-child-safety-features/
Comments are closed.