Salam Malam Bulan DiPagar Bintang, Apple mengatakan bahawa iOS akan membawa update terbaru. Pada update ini, pengguna akan merasakan perubahan Major Update pada iOS 16 dan WatchOS 9. Tetapi untuk iOS 16, dikatakan rekaannya masih kekal sama.
Disini kita boleh nampak bahawa berkemungkinan iOS 16 ini memberi peningkatan yang ketara seperti kemas kini pada bahagian notifikasi dan ciri penjejakan kesihatan. Pada bahagian reka bentuknya, Apple tidak akan membawa banyak sangat perubahan seperti yang kita tahu ia tidaklah membuat banyak perubahan selepas iOS 7.
Untuk iPad, pada iPadOS 15 ia membawa pembaharuan pada keupayann MultiTasking. Tetapi walaubagaimanapun, pengalaman ini tidak dapat dirasai oleh pengguna iPad Pro. Mungkin pada iPadOS16 ini akan memberi pengalaman itu kepada pengguna dan mungkin juga MultiTasking ini akan ditambah baik lagi.
Sedikit kecewa kepada macOS 13 kerana tiada maklumat lagi mengenainya. Akan tetapi Apple sedang membangunkan beberapa kemaskini dan reka bentuk baru untuk Mac, MacBook Air, Macbook Pro 13-inci, iMac 24-inci dan Mac Mini.
So macam mana? ada yang tak sabar ke nak update? kee korang dah siap update? haha berjumpa lagi geng, Assalamualaikum. Chow !
Sumber :
https://www.cultofmac.com/772504/ios-16-could-fix-major-iphone-pain-point
https://www.phonearena.com/news/ios-16-focus-mode-new-configuration-rumor_id139555
https://www.youtube.com/watch?v=Rsh44VDfTVI
https://www.macworld.co.uk/feature/2022-macos-13-release-3811803/
Comments are closed.