Salam Cinta, Dengan berakhirnya acara WWDC 2022 sebentar tadi. Kita boleh lihat ada beberapa perkara baru yang bakal dihadirkan pada iOS 16 akan datang. Pembaharuan yang ketara adalah pengguna boleh mengubah suai ‘LockScreen‘ iPhone.
Pengubah suai ini sudah pon diperkenalkan pada peranti Android, tetapi yang dihadirkan pada iOS 16 ada sedikit perbezaan. Dimana pengguna boleh mengubah ‘LockScreen’ iPhone mengikut kehendak dan kemahuan pengguna. Ini kerana pengguna boleh menggunakan 1 gambar yang telah ditetapkan pada skrin kekunci, selepas itu pengguna boleh mengubah ‘Filter’ yang dihadirkan pada iOS 16 ini mengikut citarasa pengguna.
Selain itu, pengguna juga boleh mengubah rupa bentuk jam digital yang dihadirkan pada bahagian atas skrin peranti untuk diperlihatkan ketika skrin peranti dalam mod kunci. Menarik kan?
Ada lagi penambahan pada iOS 16 ini, dimana notifikasi pada peranti kini telah bertukar kebawah skrin yang mana ia menunjukkan bahawa Apple melakukan pembaharuan ini kerana ia bertujuan agar pengguna masih lagi dapat melihat ‘Wallpaper’ yang telah ditetapkan pada skrin peranti walaupun ketika menerima notifikasi. Selain itu, pengguna juga boleh memperlihatkan aktiviti secara terus daripada skrin kekunci tanpa perlu membuka aplikasi tersebut.
Untuk kemas kini iOS 16 terbaru ini, ianya mungkin bakal diperkenalkan pada September 2022. Min tak galakkan untuk korang muat turun Beta Version kerana mungkin akan ada bugs. jadi sama-sama lah kita nantikan secara rasmi iOS 16 ini dilancarkan kelak. Sampai bertemu lagi geng, Assalamualaikum. Chow !
Comments are closed.