Huawei kini melancarkan sebuah jam tangan pintar iaitu Huawei Watch Fit mini. Apa yang menarik mengenai jam pintar ini adalah reka bentuk dan beberapa fungsi baru yang lebih mesra wanita.
- Reka bentuk yang lebih kewanitaan
Huawei Watch Fit mini ini direka bagi memenuhi citarasa wanita dan kelihatan lebih elegan dimana binaan jam pintar ini dilengkapi dengan paparan skrin segi empat tepat AMOLED 1.47- inci.
Jam tangan pintar ini mempunyai 3 variasi warna tali jam – Frosty White, Mocha Brown, Taro Purple.
- Ciri baru –Menstrual Cycle Tracking
Ciri baru ini membolehkan para pengguna wanita untuk memantau kitaran menstruasi mereka hanya di jam tangan pintar sahaja. Para pengguna juga boleh menyimpan maklumat menstruasi di Huawei Watch Fit mini ini.
Selain itu, Huawei Watch Fit mini ini juga turut dilengkapi dengan beberapa ciri lain antaranya ialah SpO2 Monitoring, Scientific Sleep Tracking dan 96 mod sukan.
Tidak mustahil jam tangan pintar ini akan menjadi pilihan utama buat para wanita diluar sana. Huawei Watch Fit mini ini telah mula dijual di beberapa negara Eropah pada tanda harga €99 (~RM 476).
Lihat spesifikasi penuh Huawei Watch Fit mini DISINI
Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.
Comments are closed.