Ultimate magazine theme for WordPress.

Huawei MateBook 16 : Bakal Memasuki Pasaran Global

0

Huawei MateBook 16 adalah merupakan keluaran komputer riba baharu daripada syarikat Huawei. Ianya dilancarkan buat pertama kali bagi pasaran China. Namun, Huawei MateBook 16 ini telah bersedia untuk dilancarkan bagi pasaran global. 

Dijangkakan pelancaran pasaran global akan bermula pada tanda harga €1,099 (sekitar RM5310) bagi model Ryzen 5 dan €1,199 (sekitar RM5799) bagi model Ryzen 7. 

Seperti yang telah dinyatakan, Huawei MateBook 16 akan hadir dengan dua pilihan spesifikasi iaitu Ryzen 5 dan Ryzen 7 yang akan digandingkan bersama 16GB RAM serta 512GB storan dalaman. 

Serba sedikit mengenai Huawei MateBook 16 ini, ia hadir dengan paparan skrin 16 inci IPS panel dengan 2520 x 1680 resolusi. Selain itu, Huawei MateBook 16 ini akan menyokong pengecasan 135W dengan menggunakan USB-C adapter. 

Tiada pengumuman rasmi berkenaan tarikh pelancaran namun yang pasti Huawei MateBook 16 ini akan tersedia bagi pasaran global kelak. 

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.

(sumber : The Verge)

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.