Ultimate magazine theme for WordPress.

Huawei Mate V : Jangkaan Telefon Boleh Lipat Dilancarkan Penghujung Tahun Ini?

Huawei adalah satu jenama yang tidak asing lagi di pasaran telefon pintar. Malah dahulu, sebelum terjadinya isu diantara Huawei dan USA, Huawei sering juga menjadi pilihan utama di hati bagi sesetengah rakyat Malaysia.

Namun, semua itu masih lagi tidak menghalang Huawei untuk terus kehadapan dan konsisten dalam membangunkan peranti bagi keluaran baharu. Terkini, jangkaan pelancaran terbaru Huawei bakal mengambil tarikh pada hujung tahun ini iaitu pada bulan Disember. 

 

Pelancaran bagi peranti baharu itu dinamakan Huawei Mate V dan ia akan hadir dengan rekabentuk jenis telefon boleh dilipat. Berdasarkan LetsGoDigital Concept Creator, berikut adalah merupakan rekabentuk luaran bagaimana bentuk Huawei Mate V nanti.

 

Berdasarkan sumber lain juga, dijangkakan Huawei Mate V ini akan menawarkan saiz skrin sebesar 6.8 inci. Selain itu juga, dikatakan Huawei Mate V ini akan menggunakan Kirin 9000 dan Snapdragon 888. Bagi bahagian kamera pula, dijangkakan akan terus menggunakan teknologi Leica sebagai kamera utama selari dengan tiga sensor imej yang terdapat di telefon pintar ini kelak. 

Setakat hari ini, hanya itu sahaja sumber maklumat yang dapat dicapai. Masih tiada berita rasmi bagi tarikh pelancaran, spesifikasi mahupun gambaran jelas bagi Huawei Mate V ini.

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.

(kredit gambar : LetsGoDigital)

- Advertisement -

Comments are closed.