Salam cinta sesama kekasih geng, so Honor bukan sahaja melancarkan peranti model X9 jee. Ada lagi model yang dilancarkan, iaitu Honor X8. Peranti yang sedikit mampu milik berbanding model Honor X9. Mari sini admin kongsikan sedikit sebanyak spesifikasi untuk Model Honor X8 ini.
HONOR X8 | |
PAPARAN SKRIN | 6.7” |
RESOLUSI | FHD+ & KADAR SEGAR SEMULA 90Hz |
CIP PROSESSOR | QUALCOMM SNAPDRAGON 680 |
GPU | ADRENO 610 |
MEMORI DALAMAN | 128GB |
RAM | 6GB |
KAMERA BELAKANG | 64MP KAMERA UTAMA
5MP ULTRA LEBAR 2MP DEPTH KAMERA 2MP KAMERA MAKRO |
KAMERA HADAPAN | 16MP |
RAKAMAN VIDEO | 1080p @ 30fps |
BATERI | 4,000Mah |
PENGECASAN PANTAS |
22.5W |
Jadi macam mana? puas hati dengan spesifikasi yang diberikan untuk Honor X8 ni? Sedikit perbandingan dengan Honor X9. Min nampak perbezaan yang boleh diketengahkan adalah pada kapasiti bateri iaitu Honor X8 dihadirkan dengan kapasiti sebesar 4,000mAh manakala X9 dihadirkan dengan 4,800Mah. Tapi tidak lah menjadi perdebatan sebab kalau kita lihat pada kameranya. kamera utama berkongsi MegaPixel yang sama iaitu 64MP, so ada timbal balik disitu kan geng?
Min antara orang yang beratur untuk merasai pengalaman memegang peranti Honor X8 ini. Peranti di tangan min berwarna Ocean Blue. Sama seperti model X9, Honor X8 ini juga dihadirkan dengan varian warna Titanium Silver dan Midnight Black. Sudah tertusuk di hati warna apa tu?
Jadi setelah tahu spesifikasi, varian warna dan membuat sedikit perbandingan. Mesti korang nak tahu harganya pula. So geng, Peranti Honor X8 ini secara rasminya dijual pada tanda harga RM899. Yayy or Nayy? Korang tentukan sendiri sebab dengan harga itu, korang akan dapat peranti yang menggunakan pengimbasan cap jari sisi dan menjalankan operasi sistem MagicUI 4.2 berasakan Android 11.
Geng, Kalau korang ada rasa-rasa nak beli lebih tu pm admin yee, nanti admin bagi alamat. haha so kalau dah berkenan tu jangan tunggu lama-lama geng. Min harap korang dapat memiliki salah satu model daripada peranti Honor ni. Berjumpa lagi geng, Assalamualaikum, Chow !
Comments are closed.